Monday, October 20, 2008

HAL UPPD SMK. TANDEK

Unit Peperiksaan Dan Penilaian Dalaman (UPPD) SMK. Tandek.

Simpan Fail @ upload file di internet
http://www.datafilehost.com


Download:

1. Jadual Peperiksaan Semester II 2008

http://www.datafilehost.com/download-c7b9f3f7.html

2. Perisian Analisis myv-2 (Ting.1, 2 dan 3 saja)

Semester 1
http://www.datafilehost.com/download-bc1477e2.html

Semester 2
http://www.datafilehost.com/download-90df0d1a.html

Untuk keterangan dan maklumat lanjut: Sila Hubungi Saya. TQ

Wednesday, October 15, 2008

Perisian Wisdom-soft.com

Tujuan perisian yang akan anda download daripada web ini adalah untuk membolehkan anda menjerat paparan skrin komputer anda dengan menggunakan 'AutoScreenrecorder 3.0 free' dan ‘ScreenHunter 5.0 free' . Kedua-dua perisian ini akan menjerat kawasan paparan skrin komputer mengikut kehendak anda dalam bentuk Video, BMP, JPEG atau GIF. Perisian ini boleh diperolehi pada laman web berikut:

www.wisdom-soft.com.

Cubalah.

Friday, September 26, 2008

AIDILFITRI

Saya mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITIRI kepada semua rakan-rakan guru dan pelajar SMK. Tandek.

Mohon maaf atas segala kesalahan, kesilapan, kekasaran dan sebagainya yang telah saya lakukan terhadap kalian semua.

PEPERIKSAAN SEMESTER 2

Musim peperiksaan telah bermula di SMK. Tandek. . Pelajar-pelajar Ting. 3 mengambil Peperiksaan Percubaan PMR / Semester 2 bermula pada 22 september dan akan berakhir pada 6 Oktober 2008 nanti. Peperiksaan Semester 2 bagi pelajar Tingkatan 4, 5 dan 6 bermula pada 25 September dan akan berakhir sepenuhnya pada 24 Oktober nanti.

Saya ingin mengucapkan Selamat Menduduki Peperiksaan PMR kepada semua pelajar Ting. 3 yang akan mendudukinya pada 13 - 17 Oktober nanti. Buatlah persiapan akhir dengan ulangkaji dan latih-tubi secara teratur dan terancang. Perkara sedemikian sangat penting bagi mempastikan kejayaan yang diharap-harapkan oleh semua pihak. Demikan jugalah hendaknya kepada semua pelajar Tingkatan 1, 2, 4, 5 dan SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN.


Setiausaha Peperiksaan 08'

Tuesday, September 9, 2008

WARNA-WARNI SEMANGAT MERDEKA: SEMEKTA




























SEMEKTA menyambut hari KEMERDEKAAN ke-51

SMK. Tandek (SEMEKTA) telah mengadakan Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-51 pada 29 Ogos yang lalu. Sambutan dimulakan dengan acara perarakan seluruh warga SEMEKTA yang bermula di tapak perhimpunan sekolah http://www.youtube.com/watch?v=fD8G4tgshY8, mengelilingi Pekan Kecil Tandek dan kembali ke sekolah.


Acara sterusnya adalah acara dalam dewan. Tetamu khas yang diundang ialah Inspektor (Bersara) Phillip Mairon Mahanja. Beliau merupakan seorang tokoh tempatan yang terlibat secara langsung dalam Perang Dunia Ke-2 ( 1942-1945 ). Ketika itu beliau bersama dengan tentera British mempertahankan Negeri Sabah daripada Pendudukan Tentera Jepun.




Sejarah perjuangan beliau dipaparkan melalui 'Bicara Merdeka' yang diadakan.


Majlis sambutan kali ini dimeriahkan dengan beberapa persembahan patriotik oleh pelajar dan guru. Majlis ini telah ditamatkan dengan laungan MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! yang diketuai oleh Tuan Pengetua En.Keng Chuan Seng sendiri.