Tuesday, September 9, 2008

SEMEKTA menyambut hari KEMERDEKAAN ke-51

SMK. Tandek (SEMEKTA) telah mengadakan Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-51 pada 29 Ogos yang lalu. Sambutan dimulakan dengan acara perarakan seluruh warga SEMEKTA yang bermula di tapak perhimpunan sekolah http://www.youtube.com/watch?v=fD8G4tgshY8, mengelilingi Pekan Kecil Tandek dan kembali ke sekolah.


Acara sterusnya adalah acara dalam dewan. Tetamu khas yang diundang ialah Inspektor (Bersara) Phillip Mairon Mahanja. Beliau merupakan seorang tokoh tempatan yang terlibat secara langsung dalam Perang Dunia Ke-2 ( 1942-1945 ). Ketika itu beliau bersama dengan tentera British mempertahankan Negeri Sabah daripada Pendudukan Tentera Jepun.




Sejarah perjuangan beliau dipaparkan melalui 'Bicara Merdeka' yang diadakan.


Majlis sambutan kali ini dimeriahkan dengan beberapa persembahan patriotik oleh pelajar dan guru. Majlis ini telah ditamatkan dengan laungan MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! yang diketuai oleh Tuan Pengetua En.Keng Chuan Seng sendiri.

No comments: