LOGO DAN KETERANGAN
Rekabentuk logo ini diilhamkan dari ikatan 3 figura yang saling berganding bahu menunjukkan perpaduan erat melambangkan ”Perpaduan Teras Kejayaan”.
3 ikatan figura manusia saling berganding bahu menunjukkan rakyat yang bekerjasama di antara satu sama lain dalam menjaga keamanan dan memajukan negara.
3 rupa bentuk manusia digayakan bergandingan bahu adalah mewakili kaum-kaum di
Malaysia yang bersefahaman bagi menunjukkan mereka telah mencapai kejayaan dalam perpaduan.
Warna merah simbol keberanian rakyat.
Putih simbol kesetiaan keseluruhan rakyat Malaysia.
Warna biru melambangkan perpaduan yang dijalinkan oleh kaum-kaum di Malaysia.
Manakala warna kuning pula melambangkan Sistem Beraja dan
Yang di-Pertuan Agong. Ianya juga membawa maksud warna kegemilangan/keemasan yang dikecapi oleh rakyat Malaysia.
LAGU TEMA : " PERPADUAN TERAS KEJAYAAN "
Kini Semangat Jalan Seiring
Satu Amalan Kerjasama
Jadi Teras Bangsa Mulia
Sehati Sejiwa
Bangun Membantu Agar Sepakat
Moga Terserlah Perpaduan
Agar Teguh Dipersada
Dalam Hidup Harmoni
Sirami Rasa Kasih Sayang
Jadi Benteng Hidup Yang Harmoni
Nurani ....... Ikhlas
Dihati ........ Murni
Menjadi Kekuatan KitaBersatu......Bersatu
Bersatu......Bersatu
Bersatu Gagah Bercerai Rebah
Hindarkan Hasrat Sengketa Kita
Perpaduan Teras Kejayaan
Berpadu......Berpadu
Berpadu......Berpadu
Berpadu Bulat Kata Sepakat
Menjadi Cita Negara Jaya
Perpaduan Teras KejayaanPerpaduan Teras Kejayaan
Perpaduan Teras Kejaya............an!LAGU CIPTAAN : PAK NGAH
LIRIK CIPTAAN : LOKGHA
Dengar / Uplord Lagu :
http://www.heritage.gov.my/upload/link_link/merdeka/Merdeka51.mp3
No comments:
Post a Comment