Thursday, July 31, 2008

Hubungan antara manusia & buah-buahan







Jangan suka mendedah tubuh Jadilah seperti jagung, jangan seperti gajus.
Jagung membungkus bijinya yang banyak,
sedangkan gajus mempamerkanbijinya yang cuma satu.

Setia terhadap pasangan Jadilah seperti pohon pisang.
Pohon pisang kalau berbuah hanya sekali seumur hidupnya.

Kecantikan dalaman Jadilah seperti durian, jangan seperti kedondong.
Durian walaupun di luarnya penuh kulit yang tajam,
tetapi di dalamnya lembut Dan manis.
Berbeza dengan kedondong, di luarnya licin Dan berkilat,
tetapi di dalamnya Ada biji yang berduri.

Jaga kesucian dalam bergaulJadilah seperti sengkuang,
walaupun hidup dalam tanah dan selut, tetapi umbinya tetap putih bersih.

Selalu bertindak adil Jadilah seperti tandan petai, bukan tandan rambutan.
Tandan petai membahagi makanan sama rata ke biji2nya, semua seimbang, tidak seperti rambutan, Ada yang kecil Ada yang besar.

Semakin tua semakin bijaksana Jadilah seperti cili. Semakin tua, semakin pedas.
Jangan bermuka-muka Jadilah seperti buah manggis.
Buah manggis boleh diteka berapa ulasnya dari bahagian bawah buahnya.

Menjadi banyak manfaat jadilah seperti buah dada...Kerana selain bermanfaat sebagai sumber tumbesaran buat anak,

......?? juga!


Buah yg banyak mata tetapi tidak melihat buah nanas...
Buah yg sangat di sayangi buah hati...
Buah yg paling berani buah pisang... (Mengeluarkan jantungnya)
Buah yg paling cantik buah jambu.



Dipetik daripada:

No comments: