Intro,
Negara kita amat bertuah dan kita bersyukur kerana dianugerahkan oleh Allah sumber minyaknya sendiri. Petronas telah diberikan amanah dan tanggungjawab untuk mengurus sumber alam ini.
Tetapi ketika ini kita telah dihimpit dengan kenaikan harga minyak di pasaran dunia dan negara kita tidak terkecuali. Ekoran kenaikan harga minyak ini mencetuskan rangkaian kenaikan harga barangan dan kos perkhidmatan. Di tambah-tambahkan lagi dengan kekurangan makanan dalam pasaran. Ini bermakana kos sara hidup kita sekarang telah meningkat berlipat 2 , 3 , 4 kali ganda. Contohnya harga 10 kilogram beras biasa yang berharga RM19.00 Mac yang lalu kini berharga RM37.00 (Mei) dan dijangka akan meningkat lagi. Bagi mereka yang kerja bermajikan seperti saya ini, bermakna saya sudah boleh digolongkan dalam golongan berpendapatan rendah / kurang !!!?? kerana banyak perkara yang terpaksa saya kurangkan; kurangkan perjalanan, kurangkan berbelanja, kurangkan makan? kurangkan pembayaran...?, kurangkan ini, kurangkan itu dan sebagainya. Maka timbullah beberapa persoalan dalam diri.
1. Adakah syarikat-syarikat pengeluar minyak dunia mempunyai agenda untuk
menguasai dunia atau satu bentuk "PENJAJAHAN BARU" mendapatkan 'KEUNTUNGAN BESAR' ?
2. Patutkah negara kita tunduk dengan agenda syarikat-syarikat pengeluar minyak dunia ini?
3. Wajarkah langkah dan tindakan kerajaan ketika ini bagi menghadapi ancaman ini?
4. Mampukah kita mengubah gaya hidup dengan mengurangkan penggunaan sumber alam ini?
5. Setakat bilakah kita termampu menghadapi kos hidup yang meningkat ini?
6. Macam mana dengan perancangan masa depan kita pula?
dll lagi lah....
Saya ingin berkongsi pendapat daripada anda yang sudi.
Sekian, Terima Kasih.
No comments:
Post a Comment