Wednesday, June 25, 2008

KAWAN LAMA ! DI MANA ANDA...?

Kawan lama ! di mana anda...?

Khususnya rakan-rakan satu sekolah 1983-1987 di SM. Ibrahim, Sungai Petani, Kedah. Assalammualaikum semua? Di manakah anda? Apa Khabar? Kerja apa sekarang? Apa pangkat? Nak panggil apa...kawankah, Encikkah, Tuankah, Cikgukah, Dr.kah? Prof.kah? Datukkah? Sudah kahwinkah? sudah berapa isteri? Dan macam-macam pertanyaan lagilah....


Terima kasih kepada rakan / sahabat yang cukup rapat di sekolah dulu iaitu En. Sharuzee Abd. Hamid yang berjaya menjejaki saya terlebih dahulu melalui telefon dan diikuti oleh En. Nazni. Saya merasa sungguh terharu, gembira, dan berterima kasih kepada anda kerana begitu kuat berpegang kepada nilai tali persahabatan. Semoga ia akan terus terikat kukuh dan menjadi ejen menjejaki rakan-rakan yang lain.
Kepada rakan-rakan lain yang berjaya menghubungi saya melalui media ini http://sayakip.blogspot.com/ bolehlah menghantar berita anda melalui Email: kip.akimmimi@yahoo.com.my atau hubungi saya melalui h/phone yang ada kat Sharuzee atau kat Nazni atau telefon sekolah tempat saya bertugas 088-661173 atau laman webnya: http://www.smktandek.edu.my/
Saya sangat-sangat mengalu-alukan sebarang maklumat tentang anda. Mudah-mudahan usaha rakan kita untuk mewujudkan satu laman web khas yang berkaitan akan menjadi jambatan menjejaki rakan-rakan sepersekolahan dulu. Lagi cepat lagi bagus. Saya sangat setuju!!! bolehlah kita berkongsi segala pengalaman, pengetahuan, cerita lama, berita, bahan, dan sebagainya nanti dengan lebih berkesan.
Setakat ini saja untuk kali ini.
SEKIAN TERIMA KASIH

1 comment:

FazaBiz Network Enterprise said...

Salam Keple, ingat aku lagi ke, Faizal yg tak famous tu...hehe. Aku sekarang bekerja di mimos. Anak baru 3 dan baru nak masuk 4. Bini pun baru 1. Sekarang pangkat tan sri haha...nak tgk gambar aku silalah tgk dlm yahoogroups kita. Nanti hang kena cerita riwayat hidup selepas keluar ASMI tau...jumpa lagi.